Beliau berkata pelanggan mengharapkan Proton menambah baik kualitinya dan ia menelan kos yang tinggi kerana semuanya perlu diperiksa bagi memastikan ia menggunakan bahan-bahan terbaik.
"Harga model baharu itu dijangka lebih murah berbanding model-model lain dalam segmen yang sama, kerana itulah yang sepatutnya bagi kereta Proton.
"Bagaimanapun, ia perlu naik sedikit kerana pelanggan membayar untuk sesuatu yang lebih baik," katanya.
Dr Mahathir berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran 'Drive for Gaza', inisiatif pengumpulan dana Proton secara kerjasama dengan Yayasan Aman Global Perdana bagi membantu mangsa perang di Palestin.
Beliau berkata bagi model baharu itu, Proton menggunakan sepenuhnya dana dalamannya, terutamanya bagi penyelidikan dan pembangunan (R&D).
Dr Mahathir berkata Proton menggunakan wangnya sendiri sejak sekian lama bagi R&D dan kerajaan seharusnya membayar balik perbelanjaan itu.
"Di Korea Selatan dan Jepun kerajaan menyokong sektor swasta dan hasilnya mereka memperoleh daripada cukai yang dikutip.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Abdul Harith Abdullah, berkata pengeluar kereta tersebut akan terus memperkenalkan model baharu, harapnya sebuah setahun, bagi memastikan kelangsungan hidup berterusannya.- BERNAMA
inilah ghope kete tu, dah nak mcm kete myvi dahh....
walaubagaimanapun Perodua pun nak keluar model baru jugak, mengancam jugak.. layan gambar kat bawah ni dulu..
jadi, yang mana satu pilihan anda?