Sabtu, 5 Julai 2014

Sebuah Kronologi...



Tersedianya blog ini di hadapan mata anda hanyalah luahan rasa dan kata hati diri aku yang menghuni di alam yang fana ini. Apalah yang aku mengarut ni,tapi aku cuba bermetafora dalam penulisan agar tulisan aku ini berbunga-bunga seperti lirik lagu rock kapak, rock legend melayu.....

Sebuah Kronologi ku sediakan buat tatapan pembaca sekalian yang sudi meluangkan masa mengamati dan menghadam isi penulisan blog ini.

Kronologi yang ku maksudkan di sini ialah kisah kehidupan manusia di muka bumi ini yang hidup bermula dari zaman Nabi Adam hingga kini, umat Nabi Muhammad umat akhir zaman.

Sudah terkisah perjalanan hidup dari Nabi Adam hingga Nabi Muhammad, kini kita menyambung perjalanan kisah kehidupan ini menuju kepada Kekasih kita yang Haq, Allah S.W.T.

Dalam perjalanan kehidupan ini pelbagai  ranjau onak dan duri, suka dan duka perlu kita tempuhi, sebagai pelajaran yang perlu kita ambil untuk memperbaiki potensi diri. Belajar dari pengalaman adalah sesuatu yang amat penting.

Jadi apa yang bakal tersedia di dalam blog ini, ambillah apa yang berguna dan teladanilah apa yang tidak berguna. ikhlas dari saya........Wira Tak Didendang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan